KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.
Menurut Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, negara jiran, Singapura mendapat keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara itu.
“Coldplay buat tour enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini tambah lagi tarikh. Kita apa cerita? Nak buat satu pun banyak halangan. Tapi apa kena mengena dengan Malaysia?
“We actually missed an economic lottery,” katanya di Twitter.
Syed Saddiq mendakwa Singapura bakal mengutip jualan tikel sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari tersebut.
Ini kerana Stadium Nasional Singapura boleh memuatkan 50,000 penonton dalam satu masa dengan harga purata sebanyak RM600 seorang dan kutipan yang bakal dijana sebanyak RM30 juta sehari.
Negara jiran itu juga bakal mendapat limpahan ekonomi apabila penonton daripada luar negara tinggal dan berbelanja di negara tersebut sepanjang konsert Coldplay berlangsung.
“Datang jauh-jauh naik penerbangan takkan pergi konsert untuk dua hingga tiga jam je. Mestilah ada makan-makan, jalan-jalan.
“Anggarkan seorang belanja RM500 untuk satu hari. 1,000 pelancong sama dengan RM500,000 dan untuk enam hari sama dengan RM3 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang boleh dihasilkan.
“Maksud saya ialah ketika kita di sini bertengkar mengenai Malaysia menganjurkan konsert, negara di luar sana merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi,” terang Syed Saddiq.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, Malaysia pernah menganjurkan 40 hingga 50 konsert setahun namun kini semakin banyak rintangan dan keluhan.
Beliau menegaskan, Malaysia tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert.
Coldpaly dijadual mengadakan konsert di negara ini pada 22 November nanti.
Bagaimanapun ia mendapat tentangan daripada beberapa pihak selepas kumpulan itu dikatakan membawa pengaruh LGBT.-MalaysiaGazette
taubat la kau musibat al hanat …ekonomi la konon puihhh ak harap kalau hg dok mempertahankn lgi maksiat2 mcm ni ..ak mintak Allah mampuihhh kn kau laaa ..sebab ap tau …nnti kurang sikit siksaan kau ..mkin lama hidup mkin bertambah dosa tu baik mati je laa…Amin!!!
Allah yg bg rezeki bukan kopley
tak dak apa yang rugi pun YB… daripada kemurkaan Allah dari kemungkaran yg telah dijana.. negara bakal diundang azab yang lebih dahsyat.. langsung tak rugi la.. Malaysia negara Islam kot..malu la sikit..
kosert billi ellish masa zaman tebuk atap tu dah dihalalkan ka
Tiada ada apa2 yang diperjuangkan oleh MUDA ni. Kepada anak2 mudah ayuh semua tolak mereka2 yang berfahaman liberal yang sanggup menghalalkan apa saja demi wang. Jom sama2 hayati konsep BERKAH dalam Islam.
Biar tertinggal untung asalkan xjemput azab. Rezki bkn dr Coldplay, tp Allah yg punya aturan. Bercakap biar ada dasar tauhid. Takutlah kamu pd Allah. Takutlah kamu pd Allah.
Syaratkan coldplay buat konsert enam hari atau lebih di Johor Bharu tanpa promo lgbt.