Nik Saiful Adli Burhan

KUALA LUMPUR – Tidak wajar membuat laporan polis ke atas bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung doanya yang berkaitan dengan isu ‘musuh Allah’.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Nik Saiful Adli Buhari berpandangan, doa yang dibaca ketika program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah, pada malam Sabtu lalu itu, bersifat umum.

“Doa Sheikh Zainul Asri ini bersifat general (umum), bukan ditujukan kepada mana-mana parti lawan pun.

“Baguslah berdoa, semoga bukan sahaja negeri Kedah, malah seluruh Malaysia dilindungi Allah daripada musuh-musuh Allah.

“Tambahan pula, beliau pun sudah mohon maaf jika doa itu menyebabkan salah faham antara kaum dan agama mahu pun parti politik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, Syeikh Muhd Zainul Asri membuat permohonan maaf berhubung ucapannya berkaitan isu ‘musuh Allah’.

Dalam video berdurasi lebih tiga minit yang disiarkan di Facebooknya, penceramah bebas itu berkata, ucapannya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan sudah disalah tafsir.

Beliau sebaliknya berkata, apa yang dimaksudkan dalam ucapannya adalah menyentuh mengenai satu firman Allah.

“Saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada muslimin muslimat dan rakyat Malaysia yang tersinggung, tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit,” katanya.

Nik Saiful Adli yang juga seorang peguam berkata, musuh Allah bukan parti politik atau individu tertentu.

Katanya, jika Pas menggunakan agama untuk kepentingan diri dan kekayaan, menindas rakyat dan gagal menjalankan amanah, parti itu juga boleh menjadi musuh Allah.

“Begitu juga dengan parti-parti dan pemerintah lain. Tak perlulah report polis, desak buka kertas siasatan. Polis juga sibuk banyak kerja lain. Banyak lagi kes curi motor hisap dadah dan rogol tak sempat nak siasat,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. “Baguslah berdoa, semoga bukan sahaja negeri Kedah, malah seluruh Malaysia dilindungi Allah daripada musuh-musuh Allah.

    lEPAS NI jika pasukan keselamatan BERDOA utk HANCURKAN MUSUH2 ALLAH dan negara,,,,yg BEBAL tu buatlah laporan polis….

  2. Betul tu..musuh2 Allah adalah penunggang agama mcm lebai2 PAS musibat..makan rasuah dan gaji buta…cepat2 lah jahanam musuh Allah ni

  3. Sudah sampai masanya kerajaan haramkan mana mana parti politik yg menggunakan nama Islam..sebab sekarang sudah terlalu ramai manusia yg IQ sama macam GORILA . Mereka tidak dapat membezakan Agama yg diturunkan ALLAH dgn Parti Politik yg menggunakan nama Islam yg dianggap sama dengan agama Islam. ya Allah turunkan kifarah keatas penunggang Agama..supaya kita dapat lihat diatas dunia ini..jika didalam kubur tiada siapa yg dapat melihatnya

Comments are closed.