Suhaimi dan Najib bersama kumpulan warga Rohingya yang membantu melaksanakan ibadah korban di Taman Kencana semalam.

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara penduduk dan warga Rohingya bersama-sama mengerjakan ibadah korban mewujudkan suasana harmoni sesama Islam.

Situasi yang sama dilihat berlaku di banyak kawasan sekitar Lembah Klang terutama berhampiran ibu kota.

Kerjasama itu juga terserlah semasa Majlis Korban 2023 di Taman Kencana, Ampang pada hari raya pertama Hari Raya Aidiladha.

Seorang penduduk bersama beberapa warga Rohingya yang membantu melaksanakan ibadah korban di Taman Kencana semalam.

Bukan sahaja berkongsi lokasi padang bola sepak untuk ‘menyimpan’ bekalan lembu malah mereka bersama-sama bergotong royong sehingga selesai melapah daging korban.

Ibadah korban di Kariah Taman Kencana kali ini melibatkan tujuh ekor lembu dan tiga kambing manakala warga Rohingya melibatkan lima ekor lembu.

“Mereka (warga Rohingya) selepas menyelesaikan melapah lembu datang ke kawasan kami pula membantu penduduk melapah lembu,” kata Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mohd Najib Mohd Nor.

Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Kencana, Suhaimi Arshad Mat Arshad berharap kerjasama sedemikian dapat diteruskan pada tahun depan.

Pada sebelah petang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Ir Izham Hashim juga hadir ke Surau Taman Kencana bagi bersama-sama menunaikan solat Asar berjemaah sebelum menikmati sup lembu bersama penduduk.

Izham Hashim juga hadir ke Surau Taman Kencana.

Penduduk Taman Kencana sebelum ini membantah jajaran baharu MRT3 yang dikatakan melibatkan kawasan mereka dan kini prosesnya masih dapat dipastikan.

Sepanjang tempoh tidak ada nampak pengambilan tanah diteruskan sekarang menjadikan persatuan penduduk berkesempatan menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast