Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diberikan kesembuhan.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau berharap Abdul Hadi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

“Menerima perkhabaran Tan Sri Abdul Hadi Awang masih lagi menjalani rawatan di hospital.

“Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan kepada beliau, dihilangkan kesakitan dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan keluar dari hsopital hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anak lelakinya, Yusuf Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda bertambah baik dan dibenarkan untuk keluar dari hospital pada hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kpd seluruh warga Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memberikan khidmat terbaik dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda Tuan Guru,” ujarnya.

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan beliau dimasukkan ke hospital HSNZ bagi menerima rawatan. – MalaysiaGazette