Selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad (kiri) pada sidang media berkaitan tuduhan kematian arwah Siti Sarah dengan agenda Freemason di Bubbletea Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Shuib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang dikenali dengan nama John Dihani.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata, ia ekoran dakwaan netizen itu yang isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ‘tak nak ditidurkan’ ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jelas beliau lagi, hantaran dan fitnah yang dibuat oleh individu terbabit sangat tidak berasas malah sangat biadab kerana telah menabur fitnah yang melampau.

“Saya memang nak sangat cari John Dihani, awak orang Bangikan? Saya tahu alamat, nombor telefon dan hari ini peguam saya akan cari awak, surat akan sampai.

“Memang dia sudah menghubungi saya malam tadi menerusi mesej tetapi nadanya tidak menunjukkan tanda kesal. Bagi saya, dia kurang ajar, dia sebut keluarga dan arwah isteri saya yang memang tidak berasas langsung.

“Kalau dia rasa hebat marilah jumpa saya, saya tidak akan buat apa pun tapi saya akan pastikan apa yang saya nak, saya dapatlah,” tegasnya pada sidang media hari ini.

Selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad (kiri) bercakap pada sidang media bersama pengguna sosial media, Zulhairi Abu Othman yang membuat tuduhan kematian arwah Siti Sarah dengan agenda Freemason di Bubbletea Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JULAI 2023.

Dalam pada itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, berkata, tindakan undang-undang yang diambil untuk memberi pengajaran kepada pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati.

“Tindakan undang-undang yang mahu diambil adalah sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak lagi berulang lagi.

“Selain itu, netizen juga tidak akan berani meninggalkan komen sewenang-wenangnya kepada selebriti lain yang kini dilihat turut terpalit dalam isu seumpama ini,” jelasnya.

Menerusi hantaran Faecebook yang dibuat John Dihani berbunyi ‘Kalau ikut voice note yang bocor. SS (Siti Sarah) minta tak nak ditidurkan. Tapi Shuib pujuk. Katanya nanti boleh jumpa anak-anak. Jalan cerita lebih kurang macam itu. Last terus tidur. Shuib pun promote vakshit (vaksin)’.

Susulan itu, Shuib yang melihat hantaran itu kesal apabila dua pengguna Facebook menuduhnya merupakan seorang anggota organisasi rahsia, Freemason selain sengaja mahu ‘menidurkan’ Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kait kematian Siti Sarah dengan Freemason, Shuib maafkan Zulhairi

1 Komen

  1. Harap shuib teruskan saman jgn bg muka dgn org mcm ni, kelak dia akan buat lebih teruk lg di kemudian hari.

Comments are closed.