Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bergambar kenangan dengan penerima-penerima anugerah pada World Halal Excellence Awards 2022 di Avante Hotel, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan hasrat supaya Malaysia dapat memacu pembangunan ekonomi halal menjadi industri bernilai trilion dolar menjelang 2030.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata, ketika ini industri halal sedang menuju ke arah pencapaian luar biasa dengan produk diperluaskan seluruh dunia.

“Kita sedang serius membuka potensi industri ini yang bernilai trilion dolar. Dalam skala global, industri halal Malaysia meningkat daripada USD3 trilion pada tahun 2018 kepada USD5 trilion menjelang tahun 2030.

“Kerajaan kita mengiktiraf perkara ini, itulah sebabnya kita telah melancarkan inisiatif untuk meningkatkan kapasiti dan daya saing industri ini.

“Kita ingin menjadikan Malaysia sebagai pemimpin tanpa tandingan dalam ekonomi halal kelak,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kiri) menyampaikan anugerah ÔHalal State Performance Excellence AwardÕ kepada Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (dua kanan) pada World Halal Excellence Awards 2022 di Avante Hotel, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JULAI 2023.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah World Halal Excellence Awards 2022 yang juga di hadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini malam ini.

Dalam majlis yang sama juga Halal Development Corporation Berhad (HDC) telah menganugerahkan kepada 20 organisasi atas sumbangan mereka dalam pertumbuhan industri halal semasa Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA 2022).

Acara tahunan berprestij yang dahulunya dikenali Anugerah Kecemerlangan Persidangan Halal Sedunia dianjurkan untuk mengiktiraf, menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang oleh pemain industri halal negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast