Ainuddin Aminuddin
Ainuddin Aminuddin

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) digesa untuk terus bertindak jika benar mahu mendaulatkan hutan simpan kerajaan negeri itu, kata pegawai Datuk Zuraida Kamaruddin, Ainuddin Aminuddin.

Jelasnya, pertubuhan itu tidak perlu hanya berkokok seperti ayam jantan di siang hari sebaliknya harus memulakan langkah untuk membela hak kerajaan negeri.

“Jangan berulang seperti pak pandir yang menang sorak kampungnya tergadai. Saya kenal benar presidennya saudara Haslihelmy seorang reformis UMNO, pejuang anak muda yang lantang.

“Tetapi adakah kerana DAP yang mendominasi Kerajaan Perpaduan mereka dilihat semakin berani berkelahi bertentangan sesama sendiri dan tidak menghormati tindakan kerajaan negeri malah keputusan eksekutif Menteri Besar itu sendiri. Adakah ini petunjuk bom jangka yang berdetik menunggu untuk meletup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ainuddin mengulas kenyataan Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli yang mengkritik Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang didakwa pembela pekebun haram durian Musang King di Raub yang sudah terbukti menceroboh tanah milik kerajaan negeri.

Haslihelmy dalam satu kenyataan semalam berkata, wakil rakyat DAP itu diminta menghentikan tindakannya yang menjadi juara untuk pembela pekebun haram durian Musang King di Raub.

Dalam pada itu, Ainuddin berkata, kenyataan Yu Hui itu adalah angkuh dan hanya menjaga kepentingan pihak tertentu.

“Kita lihat betapa angkuh kenyataan Ahli Parlimen Raub dalam mengeluarkan kenyataan dan hanya menjaga kepentingan tertentu demi kepentingan politik semata-mata sedangkan kerajaan negeri diam sepi membisu.

“Saya seru PSAP jika benar perjuanganmu kembalikan maruah anak Pahang kembalikan maruah bumi Pahang dengan sepenuhnya,” katanya lagi.

Ainuddin turut mengulas, tindakan mendiamkan diri kerajaan negeri juga turut menyumbang kepada kesukaran isu ini untuk diselesaikan.

“Jika kerajaan negeri tidak berdaya maka makin banyak tanah kita yang bakal dirobek dan dicabar keabsahannya.

“Sedangkan apabila orang miskin susah diranapkan sahaja tempat mereka berlindung, gerai gerai tepi jalan dengan alasan ianya tanah hak milik kerajaan. Manakala penceroboh diasak untuk diberi geran dan pemilikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

MP Raub usah jadi hero bela pekebun haram Musang King – PSAP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast