Tun Faisal Ismail Aziz.- Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz secara rasmi akan menjadi ahli Bersatu malam ini.

Beliau dijadual menerima watikah keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Seremban.

Bercakap kepada Berita Harian, Tun Faisal memilih Bersatu berbanding Pas kerana boleh memainkan peranan lebih berkesan di Putrajaya bersama ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Saya ialah orang yang percaya kepada jemaah atau bekerja dalam organisasi, jadi saya perlu berada dalam satu-satu organisasi untuk membantu perjuangan yang saya percaya.

“Sebenarnya bagi saya, Pas atau Bersatu sama sahaja kerana kedua-duanya berada di bawah PN. Bagaimanapun, melihat kepada aspek di Putrajaya, tempat yang saya sudah biasa, ahli Parlimennya ialah daripada Bersatu.

“Jadi, saya percaya boleh memainkan lebih banyak peranan dalam Bersatu berbanding Pas terutama dalam memberikan input berkaitan isu tempatan dan pada masa sama, memperkukuh Bersatu di kawasan ini,” katanya.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa itu dipecat daripada UMNO pada Januari lalu selepas digantung keahlian selama dua tahun.

Pada Mac 2021 UMNO telah menggantung keahlian beliau selama enam tahun susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.