KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz antara yang melepasi proses tapisan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN).
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang mengesahkan perkara itu berkata, kedua-dua pemimpin tersebut telah diterima dalam keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Pas pada mesyuarat yang diadakan di Kuala Terengganu kelmarin.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin-pemimpin Pas dari negeri-negeri terlibat PRN.
“Nama Annuar dan Nik Mohamad Abduh adalah dua nama yang dicadangkan oleh Pas Kelantan dan Majlis Syura sudah membuat keputusan dalam proses tapisan.
“Terserah kepada Pas Kelantan untuk membuat keputusan selepas ini bagi menentukan kedua-duanya bakal mewakili Pas atau tidak dalam PRN pada Ogos depan,” katanya.
Annuar dan Nik Abduh merupakan antara beratus senarai calon yang dikemukakan dari enam negeri yang bakal menghadapi PRN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Nik Abduh yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bachok digugurkan sebagai calon oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.
Manakala Annuar yang dipecat daripada UMNO pada Disember tahun lalu menyertai Pas Jun lepas. – MalaysiaGazette
BERITA anak KELANTAN masa Raya Haji…. kuat azam dan janji mereka untuk sahabat dan keluarga. Disini KELANTAN ini majority rakyat mahukan TIADA PEMBANGKANG… bunyi “macam tak sedap” tapi “AHLI PARLIAMENT” PRU 15 menzahirkan segalanya “TIADA MUSTAHIL”. semuga CALON UMNO tidak MALU masuk bertanding memenuhi syarat… WIN tanpa bertanding.. ZAHID HAMIDI dah berkira-kira tu… berpinau biji mata… Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID….