Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Wanita China yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah meninggalkan negara ini pada 4 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, wanita tersebut telah keluar dari negara ini menggunakan penerbangan Shenzhen Airline, ZH9030 pada jam 8.55 malam.

Artikel berkaitan: Menteri buat kecoh di KLIA, didakwa cuba selamatkan pelancong China?

Pecat menteri buat kecoh di KLIA – Dr Akmal

Jika benar kekecohan di KLIA menteri perlu lepas jawatan – KJ

SPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA

Polis sahkan terima laporan kes dakwaan menteri ceroboh KLIA

Imigresen KLIA kebal? – SAFTTA

“Wanita itu dicatatkan keluar dari rekod Jabatan Imigresen,” katanya yang mengulas laporan sebuah media yang mendakwa wanita itu masih berada di dalam negara ini.

Laporan itu dibuat selepas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pada 5 Julai bahawa wanita tersebut sudah meninggalkan Malaysia.– MalaysiaGazette