kerajaan 1MDB
Najib Razak

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan sikap dan layanan parti itu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berubah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha parti tetap terus berjalan untuk mendapatkan keadilan kepada bekas Presiden UMNO itu di bawah Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Namun tegas beliau, apa yang dilakukan tidak perlu diperjelaskan kepada umum.

“Ketika bertemu Najib sebelum ini, perkara itu dinyatakan kepada saya supaya kita jangan terjebak dengan permainan pihak luar. Usaha parti berjalan begitu juga proses keadilan tetap dilakukan.

“Kita perlu pisahkan antara soal keadilan dan usaha dan ini tidak perlu dijelaskan kepada umum,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan undi kepada Najib akan berpindah kepada Perikatan Nasional berikutan kekecewaan penyokong terhadap layanan Kerajaan Perpaduan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, anak Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin menjangkakan ada sebilangan penyokong bekas perdana menteri itu tidak keluar mengundi atau memberikan undi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Negeri di enam nengeri pada 12 Ogos depan.

Beliau juga melihat semakin sukar untuk menyakinkan penyokong sebagaimana turut diluahkan adiknya, Nooryana Najwa dan ulasan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan minggu lepas. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada keadilan terhadap Najib, penyokong dijangka protes PRN – Nazifuddin

1 Komen

  1. haaa kan betul betul-betul Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI cakap “berusaha”… Komen aq dah tepat… Hoi Yahoi ZAHID ni macam Lokman Adam tahu segala “CELAH”… sedangkan berjuta-juta akarumbi UMNO di TIPU apalagi KELUARGA NAJIB… anak-anak NAJIB RAZAK perlu BERHATI-HATI dan sebarkan PENIPUAN yang dilakukan ZAHID HAMIDI demi dirinya dan keluarganya… patut rentap rentaplah dia sehingga koyak rabak… Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID HAMIDI

Comments are closed.