KUALA LUMPUR – Pemilik kereta yang dikenal pasti menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light) seperti yang tular di media sosial semalam dipanggil untuk memberi keterangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berdasarkan rakaman video, kereta jenis Alphard itu dikenal pasti pada 6.20 petang di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).
“Hasil pemerhatian insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Polis sedang menyiasat tindakan menggunakan aksesori berkenaan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 170/59.
Dalam masa yang sama, Hussin Sollehuddin menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan pemandu yang memandu secara berbahaya.
“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan,” ujarnya.-MalaysiaGazette
Memang ramai yg gila nak guna Beacon light..tapi bila dipanggil membantu pihak berkuasa macam apa..jenis manusia yg suka salah guna kuasa..Tapi tak heran memang ada kajian yg mengatakan pengguna kereta mewah memiliki IQ rendah