1MDB ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit diramal akan mendapat sedikit faedah daripada penurunan kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) dan menjangka mata wang tempatan itu meningkat secara beransur-ansur pada separuh kedua 2023 disebabkan pengekalan kadar faedah.

Oleh itu, MIDF Research mengekalkan unjuran akhir tahun untuk ringgit mencecah RM4.20 setiap dolar AS.

Inflasi pengguna AS menurun kepada 3.0 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023, paras terendah sejak Mac 2021 berbanding jangkaan 3.1 peratus.

“Inflasi yang semakin berkurangan, disebabkan oleh kesan asas tinggi, pasaran buruh yang lemah dan kesan negatif dasar agresif oleh Rizab Persekutuan,” menurut firma penyelidikan itu.

Namun, memandangkan inflasi teras yang masih tinggi iaitu 25 mata asas pada Julai 2023 menyebabkan Fed mempertimbangkan untuk menghentikan kenaikan seketika.

Ringgit naik 310 peratusan mata kepada 4.6190/6230 pada awal pagi tadi berbanding 4.6500/6535 pada penutup semalam.

Kenaikan ini dipacu oleh data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Jun 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast