Kereta peronda Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat meningkatkan kawalan di White House. foto BBC

WASHINGTON – Seorang pejalan kaki maut selepas pemandu yang melarikan diri dari pemeriksaan Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat merempuhnya berhampiran White House

Perlanggaran berlaku di 17th Street and Constitution Avenue di Washington, DC ketika pegawai beruniform menahan kereta itu selepas mendapati pendaftaran telah tamat tempoh.

Pemandu kenderaan itu memandu melalui lampu merah dan “merempuh beberapa individu di persimpangan” sebelum melarikan diri, kata Perkhidmatan Rahsia.

Suspek yang memandu Honda accord biru itu masih lagi bebas.

Insiden itu berlaku berlaku pada jam 1.30 petang.

Perkhidmatan Rahsia dalam kenyataannya berkata, suspek “menunjukkan dia akan memberhentikan kenderaan itu, tetapi kemudian dengan pantas melarikan diri”.

Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Mangsa yang meninggal dunia seorang warga emas berusia 75 tahun.

Manakala Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun turut dirawat kerana cedera. – Agensi