GOMBAK – Barisan Nasional (BN) sah bertanding lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada perincian yang akan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Lebih dari lima kerusi yang kita ada sekarang itu saya pasti,” katanya ketika ditemui media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak hari ini.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, perbincangan mengenai agihan kerusi di peringkat negeri sudah dimuktamadkan.
Katanya, senarai calon sudah dikemukakan kepada kepemimpinan parti malam tadi.
“Saya bersama lima Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang terbabit dalam PRN sudah pun menyerahkan senarai pendek nama calon kepada Ahmad Zahid malam tadi dan Selangor paling akhir membuat pembentangan.
“Bagaimanapun, akan ada tapisan kedua yang akan dibuat Selasa depan sebelum pengumuman senarai penuh calon dibuat pada 21 Julai ini.
“Pastinya senarai calon berdasarkan kerusi yang akan ditandingi ini dipersetujui dia pimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN,” katanya. – MalaysiaGazette
PRN SELANGOR BN bertanding lebih 5 kerusi mungkin BENAR tidak lebih TUJUH dan MUSTAHIL UMNO dibenarkan bertanding lebih 5 kerusi kerana yang ada pun pengundi sediada terutama akarumbi TELAH MELUAT. Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI berkerjasama dengan DAP dan menolak PN kerana bimbang UMNO tidak MENDAPAT KERUSI CALON yang besar dari PN. Nampak dan JELAS UMNO masuk “SUNGAI BUAYA” untuk menggemokkan PH. ZAHID ZAHID apalagi KAU nak kelentong? Usahkan SUMPAH kau.. akarumbi UMNO dengar suara KAU pun mereka dah TIDAK PERCAYA… maka bersedialah “menjawab” selesai PRN 6 NEGERI. Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID HAMIDI