Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood bersama-sama Menteri Sumber Manusia (KSM), V Sivakumar hadir menyerahkan sumbangan berbentuk wang sebanyak RM5,000 kepada tiga rumah ibadat di Kepala Batas.

KUALA LUMPUR – HRD Corp terus memberi sumbangan melalui program tanggung jawab sosial korporat  (CSR) di seluruh negara.

Kelmarin, HRD Corp yang diterajui oleh ketua eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood bersama-sama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM5,000 kepada tiga rumah ibadat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketiga-tiganya adalah Masjid Dato Sheikh Adnan, Surau Taman Penaga dan Surau Taman Penaga Permai bagi membantu komuniti di kawasan masing-masing.

HRD Corp juga telah mengedarkan 150 bakul makanan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.

Ini juga merupakan usaha berterusan HRD Corp untuk meluaskan impak positifnya di seluruh negara dengan mengenal pasti keperluan masyarakat setempat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast