KUALA LUMPUR – Keputusan MCA untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan adalah muktamad, tegas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Malah, menurutnya, parti itu hanya akan membantu kempen UMNO mengambil kira parti tersebut pernah membantu MCA ketika bertanding di PRN Johor, tahun lalu.
“Keputusan sudah dibuat seperti mana yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibahim, dan Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).
“Saya kata kita sudah buat keputusan muktamad dan akan hanya memainkan peranan sebagai parti komponen BN,” katanya kepada media selepas menghadiri Konvensyen MCA Selangor di ibu pejabat parti itu, hari ini.
MCA sebelum ini memaklumkan tidak akan mengambil bahagian dalam PRN enam negeri pada 12 Ogos depan.
Pendirian sama turut diambil satu lagi komponen BN, MIC.
Pada PRN Johor yang diadakan 12 Mac tahun lalu, UMNO turun berkempen bagi calon MCA, Ling Tian Soon yang memenangi kerusi itu dengan 7,218 undi.
Untuk rekod pada PRN itu, MCA memenangi tiga kerusi itu DUN Yong Peng, DUN Pekan Nenas dan DUN Paloh.
Ditanya berapa kerusi yang ditawarkan BN, Ka Siong bagaimanapun tidak mahu memperincikan jumlah tersebut.
Tegasnya, perkara itu tidak lagi berbangkit selepas MCA mengambil pendirian untuk tidak bertanding.
“Soal kerusi mana dan kerusi apa itu sudah tidak penting kerana sudah jadi sejarah dan bagi saya kita teruskan dan tidak perlu tengok balik, tapi pada saya memang melalui perundingan kerusi.
“Saya tahu apa yang berlaku, saya sudah terangkan kepada pucuk pimpinan dan akhirnya kita telah merumuskan supaya kita tidak bertanding dan tumpukan kepada PRU16 dan memperkukuhkan parti sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah Ka Siong, pendirian itu bukan bermakna MCA akan terus sepi tetapi akan hanya berehat untuk tidak bertanding padas PRN kali ini.
“Kita bukan berehat, kita tidak mengambil bahagian untuk PRN kali ini sahaja, dan PRU16 kita pasti akan kembali,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
President MCA ini TEGAS BERINTERGRITI dengan keputusan dan janji dilaksana tidak berubah. Layak menjadi PENGERUSI BN.
apa yg integreti nya,masa jadi menteri pengankutan krjaan PN,keje pun x buat…menteri skrng semua lif2 rosak di stesen2 mrt,lrt dah di selengarakan,kesesakan mrt,lrt dah di kurangkan dan jgn lupa dia salah satu pembelot yg menyokong Abhcow