Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap dalam Majlis Anugerah NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang 2023 di sini

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang merekodkan seramai 18,000 orang sukarelawan berdaftar dengannya dalam tempoh dua tahun, sejak 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peranan sukarelawan kini bukan sekadar mata dan telinga Kerajaan Negeri tetapi juga menjadi agen perubahan dan pembangunan masyarakat setempat di negeri itu.

“Program kesukarelaan dan khidmat sosial yang melibatkan ahli komuniti sebagai sukarelawan diwujudkan adalah sejajar dengan strategi yang telah ditetapkan melalui Perancangan Strategik 2020-2025 Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Beliau berkata demikian ketika berucapan pada Majlis Anugerah NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang 2023, di si, hari ini.

Majlis trrsebut dihadiri  190 sukarelawan daripada 38 pertubuhan NGO.

Turut hadir Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Saidan yang kemudian menyampaikan anugerah kepada lapan penerima yang membabitkan empat kategori.

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEN) menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Menteri Besar manakala bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad menerima Anugerah Tokoh kepimpinan Sukarelawan Kebajikan.

Wakil Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEN) (kanan) menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Menteri Besar dalam Majlis Anugerah NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang 2023 malam tadi

Selain itu, tiga ahli panel juri terlibat turut menetapkan tiga penerima bagi Anugerah Ikon Sukarelawan Kebajikan dan Anugerah Pengurusan Kebajikan Berprestasi Tinggi.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jabatan Kebaikan Masyarakat Negeri Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin yang dinaikkan pangkat dan akan memulakan tugas di Putrajaya esok.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast