Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Sejurus selepas keputusan itu, Ismahalil kelihatan menangis dan sujud syukur.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv