Josko Gvardiol. Foto Sky Sports.

LONDON – Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City telah mencapai kata sepakat untuk membeli Josko Gvardiol dari kelab Jerman, RB Leipzig, kata Fabrizio Romano.

Menurut pakar perpindahan bola sepak itu, pemain pertahanan tengah muda itu telah menyelesaikan bahagian pertama dalam ujian perubatannya semalam dan perjanjian tersebut bakal ditandatangani secara rasmi.

Pemain antarabangsa Croatia berusia 21 tahun itu yang boleh bermain di bek tengah dan kiri juga bersetuju dengan syarat peribadi dengan City sejak sebulan lalu.

Dia mempunyai kontrak di Leipzig hingga 2027 yang memboleh kelab Bundesliga itu untuk menuntut sekurang-kurangnya €100 juta (£86.7 juta).

Rekod perpindahan dunia untuk bek tengah sebelum ini dipegang pemain Manchester United, Harry Maguire dengan nilai £85 juta.

Sementara itu, Gvardiol akan menjadi pemain kedua dintandatangani pada musim panas ini oleh Man City kendalian Pep Guardiola selepas pemain tengah, Mateo Kovacic menyertai kelab itu dari Chelsea.

Dia akan menyertai senarai bek tengah berkualiti Man City yang lain termasuk Manuel Akanji Rúben Dias, Aymeric Laporte, Nathan Aké dan John Stones.

Laporte adalah pemain yang dijangka akan keluar sebelum jendela perpindahan ditutup selepas City berjaya mendapatkan Gvardiol.

Pemain itu masih menunggu tawaran yang memuaskan untuknya selepas menolak tawaran daripadan Tottenham Hotspurs sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast