KUALA LUMPUR – Ramai dalam kalangan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membantah pencalonan semula Najwan Halimi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Ketika namanya diumum Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, kedengaran ejekan dalam kalangan ahli-ahli parti itu yang hampir mencetuskan ketegangan.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mengingatkan tentang Najwan yang pernah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini dan manusia memang tidak lari daripada klesilapan.
“Tidak apa, orang biasa memang buat silap. Dengar, dengar, dengar…the position of the party is what is said by the president, we are here to serve the Chinese, Malay, Indian, Dayak and Khadazan,” katanya ketika berucap, malam tadi.
Minggu lalu, Najwan dalam sebuah grup Whatsapp mempersenda seorang calon daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) di DUN Meru, Sivaranjani Manickam dengan melabelkannya sebagai ‘parti India estet’.
Kenyataan tersebut menerima kecaman pelbagai pihak menyaksikan Lembaga Disiplin PKR menyatakan ia akan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap Najwan.
Najwan turut memohon maaf selepas didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap PSM dan berkata, beliau bukan seorang yang bersifat perkauman dan memiliki prejudis terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India. – MalaysiaGazette
aikk orang India SENANG kena KENCING ke?.. UMNO lagi teruk HINA India kini sejak menjadi kerajaan MADANON puak-puak PKR senang-senang pula menghina India… hello Najwan India tu manusia serupa kamu juga….