KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mempersoalkan gesaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan agar Ahmad Fahmi Fadzil meletak jawatan berhubung insiden kumpulan muzik The 1975.
Nie Ching dalam kenyataan berkata, Wan Saiful tidak berfikir panjang apabila menyerang menteri itu.
“Adakah Wan Saiful akan meminta menteri pengangkutan meletakkan jawatan jika ada yang melanggar had laju, atau peraturan jalan raya?
“Perlukah Menteri Dalam Negeri (KDN) meletakkan jawatan sekiranya orang awam mencuri atau disyaki rasuah dan kemudian didakwa di mahkamah seperti yang berlaku kepada Wan Saiful,” katanya yang merujuk dua pertuduhan kes rasuah dihadapi Wan Saiful.
Beliau berkata, persembahan kumpulan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Pemuzik itu didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – MalaysiaGazette
Nie Ching perlu jumpa doktor Pakar OTAK bimbang ada barah .. jika tak mahu Rujuk puak-puak DAP dimasa lalu.. rujuklah perangai sendiri semasa ANDA pembangkang. apakah Nie Ching baru CERDIK atau bertambah BODOH? mulut sendiri tak tahu bagaimana nak TAHU urus rakyat