mctpr
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud pada Pelancaran Program Kelas Master Dasar dan Peraturan Telekomunikasi Bergabung (CTPR) 2023 di Hotel Zenith, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2023.

PUTRAJAYA – Multimedia University (MMU) menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang pertama menawarkan program Ijazah Sarjana Dasar dan Peraturan Telekomunikasi Bergabung (MCTPR).

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, ia merupakan program khusus bagi profesional dan eksekutif kanan dalam mengembangkan pengetahuan mereka dalam pelbagai disiplin.

“CTPR merupakan program jangka pendek yang memberi kelebihan tersendiri kepada para pesertanya.

“Ia membolehkan peserta-peserta beroleh kelayakan lepasan ijazah dengan menggunakan fasiliti APEL-C,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program Kelas Master Dasar dan Peraturan Telekomunikasi Bergabung (CTPR) 2023 di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, APEL-C adalah penganugerahan kredit untuk pembelajaran terdahulu, sama ada secara formal atau tidak formal’ terhadap kursus dalam program yang diakreditasi di bawah penyedia pendidikan tinggi.

Mazliham memberitahu, APEL-C mengiktiraf pembelajaran terdahulu yang relevan dan spesifik dengan kursus yang ditawarkan dalam program.

“Topik-topik di bawah Kelas Master CTPR dapat dilihat dalam modul MCTPR,” katanya.

Beliau menambah, kadar yuran adalah berpatutan dan peserta-peserta Kelas Master CTPR adalah digalakkan meneruskan usaha mereka dengan mengikuti program MCTPR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast