KUALA LUMPUR – Tular di media sosial seorang lelaki memberi nasihat kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor agar tidak celupar mendedahkan kepada umum dalam kenderaannya ada pistol.
Lelaki yang tidak dikenali identiti itu tetapi mendakwa sebagai kawan dan sahabat kepada Menteri Besar itu menegaskan, tindakan Muhammad Sanusi menyimpan senjata api dalam kenderaan ada salah daripada segi undang-undang.
“Dia ingat pistol itu pistol mainan boleh diuar-uarkan kepada orang ramai. Ini bahaya. Ia mengundang keselamatannya terdedah kepada pihak tertentu yang ada niat jahat.
“Siap beritahu lagi, dalam kenderaannya ada pistol dengan 14 peluru dalam kelopak. Ini sudah salah sahabat walaupun cakap ada lesen.
“Kena ingat, ketika seseorang itu yang memegang jawatan besar menyatakan dia ada pistol, pistol itu kena bersentuh dengan badan. Itu yang mengikut undang-undang betul, bukan letak dalam kenderaan,” katanya.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ketika berucap pada Ceramah Gelombang PN di padang awam Kuala Ketil malam Isnin lalu mendedahkan dalam kenderaannya sepanjang masa ada pistol sebagai langkah keselamatan.
Senjata api itu, katanya, dibawa sebagai persediaan susulan maklumat adanya rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sejak enam bulan lalu.
Menurut lelaki itu lagi, sebagai sahabat, beliau menasihatkan Menteri Besar itu agar tidak menguar-uarkan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dirinya sendiri.
“YB Menteri Besar, tolong jangan bawa (uar-uarkan) benda macam ini. Adui.. aku pun tak taulah, pening kepala.
“Saya nak cuba perbetulkan perangai you tapi you tak nak ikut. Tapi, bila you cakap (berucap) semua orang tepuk, itu satu unsur ugutan terutama dalam ucapan itu you kata ada pistol.
“Satu lagi, semasa kamu beritahu ada pistol dalam kereta, ini akan mendorong pihak tertentu rancang nak curi dan macam-macam akan berlaku. Kamu, secara tak langsung menjemput musuh kamu sendiri. Ini bukan tauladan dan sikap yang baik sebagai seorang Menteri Besar,” katanya.
Beliau berharap, polis dapat menasihatkan Muhammad Sanusi mengenai penggunaan pistol supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang. – MalaysiaGazette
KDN WAJAR MERAMPAS PISTOL DAN LESEN SENJATA API SANUSI..KERANA,DI TANGAN MB GILA SEPERTI INI,APA SAJA KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU,TERUTAMA PADA ORANG AWAM.
SEWAKTU BERUCAP ATAS PENTAS,IA SECARA TIDAK LANSUNG MEMBERI INGATAN “JAUHI AKU ATAU TERIMA PADAHNYA”..
ADAKAH INI BAGUS UNTUK POLITIK..???
JANGAN PULA RAMPAS “MERIAM DAN DUA PELURUNYA”,ITU TIADA GUNA,SEBAB NAK KENA TANGKAP PON LARI SEMBUNYI…
Begitu lah bila manusia yg berjaya naik secara mendadak serta tidak mempunyai pemikiran tentang SOP Keselamatan..mungkin dia ingat macam scene dlm filem Tamil yg boleh berlagak dan menunjuk kuasa