SHAH ALAM – Sebanyak 56 pusat penamaan calon telah disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN ke-15 Selangor Ogos ini.
Selain dijadikan pusat penamaan calon, premis berkenaan juga digunakan untuk penjumlahan rasmi undi bagi DUN masing-masing.
Berikut senarai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRN DUN ke-15 Selangor;
N01 Sungai Air Tawar di Dewan Seri Nakhoda, Pekan Bagan Nakhoda Omar; N02 Sabak (Dewan Tun Razak, Sabak Bernam), N03 Sungai Panjang (Dewan Seri Bernam), N04 Sekinchan (Dewan Seri Sekinchan), N05 Hulu Bernam (Dewan Orang Ramai Hulu Bernam).
N06 Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor), N07 Batang Kali (Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali), N08 Sungai Burong (Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang), N09 Permatang (Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang), N10 Bukit Melawati (Stadium Tertutup Kuala Selangor).
N11 Ijok di Dewan MPKS Bestari Jaya, N12 Jeram (Dewan MPKS Puncak Alam), N13 Kuang (Dewan Ixora Taman Botanic, Kundang), N14 Rawang (Dewan Cindai Institut Kraf Negara), N15 Taman Templer (Lobi Pejabat Majlis Perbandaran Selayang).
N16 Sungai Tua di Dewan Haji Wan Mahmood Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, N17 Gombak Setia (Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu, Gombak), N18 Hulu Kelang (Dewan Serbaguna MPAJ AU2), N19 Bukit Antarabangsa (Dewan Dato’ Ahmad Razali), N20 Lembah Jaya (Dewan MPAJ Kampung Pandan Indah).
N21 Pandan Indah di Dewan MPAJ Pandan Indah, N22 Teratai (Dewan MPAJ Kg. Cheras Baru), N23 Dusun Tua (Dewan Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras), N24 Semenyih (Dewan Kompleks MPKJ@Ecohill Semenyih), N25 Kajang (Dewan Seri Cempaka, MPKJ).
N26 Sungai Ramal di Dewan Utama Semesne Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, N27 Balakong (Dewan Komuniti Taman Tun Perak), N28 Seri Kembangan (Stadium MBSJ Serdang Jaya), N29 Seri Serdang (Dewan Serbaguna MBSJ, Puchong Indah), N30 Kinrara (Dewan Serbaguna MBSJ USJ BK5).
N31 Subang Jaya di Kompleks 3K SS 13 Subang Jaya, N32 Seri Setia (Dewan Banquet Dewan Sivik MBPJ), N33 Taman Medan (Dewan Auditorium Dewan Sivik MBPJ), N34 Bukit Gasing (Dewan Serbaguna MBPJ Jalan 51A/227), N35 Kampung Tunku (Dewan Komuniti Bandar Utama 11).
N36 Bandar Utama di Dewan Serbaguna Bandar Utama 3, N37 (Dewan Komuniti Damansara Damai), N38 Paya Jaras (Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling), N39 Kota Damansara (Dewan Seksyen 7 Kota Damansara), N40 Kota Anggerik (Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19 Shah Alam).
N41 Batu Tiga di Dewan Besar Teratai MBSA Seksyen 19 Shah Alam, N42 Meru (Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru), N43 Sementa (Dewan Kelan Kilat, Pangsapuri TNB Kapar), N44 Selat Klang (Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang), N45 Bandar Baru Klang (Dewan Hamzah MPK).
N46 Pelabuhan Klang di dewan Pelabuhan Klang MPK, N47 Pandamaran (Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Pandamaran MPK), N48 Sentosa (Dewan MBSA Kemuning Utama), N49 Sungai Kandis (Dewan Orang Ramai MBSA), N50 Kota Kemuning (Dewan Kenanga Seksyen 28).
N51 Sijangkang (Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, N52 Banting (Dewan Sri Jugra Teluk Datuk, Banting), N53 Morib (Dewan Lavender ILP Kuala Langat), N54 Tanjong Sepat (Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra), N55 Dengkil (Semarak Hall Cyberjaya) dan N56 Sungai Pelek (Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang). – MalaysiaGazette