NILAI – Dua calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan ditukar kerusi pada saat akhir, malam semalam.

Sumber mendakwa, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung dan Jeram Padang sepatutnya milik sayap bersekutu Bersatu diberikan kepada calon Bersatu.

“Sebenarnya beberapa calon yang pada awalnya sudah dikenal pasti sudah memulakan gerak kerja sejak lebih setahun ini, calon PN ini adalah daripada sayap Bersatu. Tetapi pada saat-saat akhir sehari dua ini kesemuanya telah ditukar kepada calon Bersatu.

“Ramai dalam kalangan ahli sayap bersekutu tidak berpuas hati. Contohnya di Jeram Padang, calon dikenal pasti adalah Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr Surash yang sebelum ini pernah bertanding secara bebas sebelum dan menang lebih 2,000 undi pada PRN.

“Satu lagi calon disebut-sebut ialah Ketua Penerangan Sayap Bersekutu, Datuk R Sanjeevan tetapi kedua-dua nama itu tidak disebut. Kami difahamkan kemungkinan besar calon daripada kalangan parti Bersatu iaitu Karip Mohd Saleh yang merupakan bekas ahli PKR dan Parti Bangsa Malaysia (PBM),” katanya.

Kata sumber itu lagi, bagi kerusi Sri Tanjung pula, kemungkinan ia juga akan diberikan kepada calon Bersatu.

“Kerusi kita di Chennah juga telah diberikan kepada calon Bersatu, semua kerusi milik sayap Bersekutu diberikan kepada calon Melayu. Sayap bersekutu ada lima kerusi di Negeri Sembilan tetapi tiga daripadanya telah di ambil dan diberikan kepada calon gabungan. Tidak adil kerana kami semua telah kerja keras.

“Kita hendak menang jadi mengapa buat keputusan seperti ini pada saat akhir yang kemudiannya menjadi alasan untuk parti lawan mengalahkan kita, mungkin Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak mahu dedah kepada media sebenarnya ketika ini PN di sini ada sengketa kerana perubahan kerusi saat akhir,” ujarnya. -MalaysiaGazette

PN Negeri Sembilan tangguh umum dua nama calon

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast