JOHOR BAHRU – Sektor hartanah Johor dilihat semakin rancak susulan perkembangan positif akibat penurunan jumlah rumah tidak terjual di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah tersebut mencatatkan lebih 2,000 penurunan dan masalah itu tidak lagi dihadapi oleh sektor berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
“Februari tahun lalu, lebih daripada 16,000 kediaman tidak terjual khususnya unit apartmen di Johor namun jumlah itu berkurang di mana ketika ini hanya tinggal 13,683 unit kediaman tidak terjual.
“Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan dengan pemaju hartanah bagi mengkaji kaedah terbaik yang membolehkan situasi menang-menang antara pemaju dan pembeli,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jelas Onn Hafiz, beliau juga tidak mahu projek-projek perumahan di Johor menjadi projek ‘gajah putih’ kerana hasrat utama kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan perumahan yang terbaik kepada rakyat.
“Saya percaya kerjasama erat antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan diperlukan untuk memperbanyak projek perumahan buat segenap lapisan masyarakat,” katanya.-MalaysiaGazette
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, surat tawaran akan dikeluarkan kepada jemaah terpilih selepas majlis pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 1446H.