Anggota polis membuat kawalan trafik seawal pagi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi N.16 Sungai Tua, N.17 Gombak Setia dan N.18 Hulu Kelang di SMK Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 29 JULAI 2023.

GOMBAK – Semua aktiviti kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi media sosial akan dipantau, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Katanya, pemantauan dibuat jika ada yang menyentuh isu 3R, agama, kaum dan raja.

“Ya, sudah tentu aktiviti ini akan dipantau kerana kita tidak mahu isu 3R dimainkan sewenang-wenangnya oleh parti yang bertanding,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menghalang mana-mana media yang hendak menganjurkan wacana atau debat antara pemimpin politik.

Namun, katanya, media berkenaan juga tidak terkecuali daripada pemantauan pihak berkuasa termasuk di TikTok, Youtube dan Facebook. – MalaysiaGazette