isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menempelak Tan Sri Annuar Musa yang bangga kerana menjadi Ketua Bahagian Ketereh selama 35 tahun tanpa tewas.

Dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Annuar dengan angkuh puji diri sendiri kononnya pandai jaga orang bawah.

“Habis apa kamu buat sampai Pas memerintah Kelantan 33 tahun tanpa tewas?

“Rupanya dia hanya jaga orang bawah di bahagian bukan rakyat Kelantan di bawah,” selar Puad lagi.

Annuar membuat kenyataan itu selepas Puad melahirkan rasa ‘simpati’ kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu kerana tidak terpilih menjadi calon Pas dalam pilihan raya negeri.

Dalam kenyataan itu, Annuar mendakwa Puad memberontak ketika memegang jawatan dalam kerajaan dan parti apabila nama beliau tidak dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Puad didakwa meletak jawatan, dan mahu bertanding menentang calon partinya sendiri.

Malah ada tuduhan beliau sabotaj ketua wanita beliau yang telah dipilih jadi calon sedangan Annuar mendakwa beliau tidak pernah bersikap begitu.

“Saya jaga anak buah saya sebaiknya, walau ketika saya tiada apa-apa jawatan.

“Saya pimpin UMNO Bahagian Ketereh lebih 35 tahun, tidak pernah ditewaskan. Puad tewas jawatan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat ketika dia ahli MKT, wakil rakyat dan Speaker Dewan Negeri Johor,” kata Annuar.

Mengulas lanjut, Puad mempersoalkan berapa kali Annuar jadi menteri dalam tempoh 35 tahun itu.

“Kumpul harta untuk kuatkan akar umbi di Bahagian tetapi akar umbi UMNO di Kelantan makin lemah,” dakwanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast