KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi, yang bertujuan untuk menggalakkan amalan pengurusan risiko teknologi yang mantap dan kukuh dalam kalangan entiti pasaran modal.
Garis Panduan ini juga menetapkan jangkaan SC ke atas entiti pasaran modal dalam menguruskan risiko teknologi mereka.
Dalam menyediakan Garis Panduan tersebut, SC telah mengambil kira maklum balas yang diterima daripada Kertas Perundingan Awam mengenai Rangka Kerja
Pengawalseliaan Cadangan Pengurusan Risiko Teknologi, yang diterbitkan tahun lepas.
Antara keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan termasuk penubuhan dan pelaksanaan rangka kerja risiko teknologi yang berkesan, pengurusan projek teknologi, pengurusan penyedia perkhidmatan teknologi dan pengurusan keselamatan siber oleh entiti pasaran modal.
Garis Panduan ini akan digunapakai untuk semua entiti pasaran modal yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan, diiktiraf atau dibenarkan oleh SC.
Bagi memberi masa yang mencukupi untuk entiti pasaran modal menyesuaikan diri dan memenuhi keperluan Garis Panduan ini, ia dijangka berkuat kuasa pada suku
ketiga tahun 2024.
SC akan mengadakan penglibatan dengan entiti pasaran modal yang berkaitan untuk memberi bimbingan, jika perlu, mengenai keperluan Garis Panduan. Sebarang
pertanyaan mengenai
Garis Panduan baharu ini boleh dikemukakan kepada [email protected].
Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi kini boleh didapati di laman web SC di https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/cyber-risk-and-technology-risk. – MalaysiaGazette