Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah berbincang dengan peguamnya akan memulakan  tindakan undang-undang ke atas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tindakan saman itu dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tela memfitnahnya terlibat skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Saya telah meneliti ucapan Sanusi di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, semalam.

“Ucapan beliau jelas fitnah dan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini.

“Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Semalam lidah rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan pendedahan Muhammad Sanusi mengenai skandal yang berlaku melibatkan Amirudin dengan Vincent.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas mendakwa, ahli perniagaan itu mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di Selangor.

Beritahunya, skandal membabitkan syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor sekitar RM180 juta.

Menurut Amirudin, beliau telah menjelaskan secara terperinci dan panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu serta awal tahun ini dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac lalu.

Justeru, beliau telah berbincang dengan peguam dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PAS kalau ceramah modal dia fitnah jaaaaa..lain tak ada..pembangunan kaa..ekonomi kaa..tak ada…yg ada fitnah…sebab tu banyak kali kalah saman fitnah! malah bila ditanya apa manifesto sbg YB pun, Badrol Bakhtiar bebal tu kata…tunggu menang dulu baru tau…mcm ni punya level bangang nak jd YB…

Comments are closed.