Model Kona

SEOUL – Hyundai Motor dan Kia Korea Selatan menarik balik hampir 92,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) kerana risiko kebakaran.

Penarikan balik itu menjejaskan beberapa model dan berpunca daripada isu dengan komponen elektrik dalam pam minyak penghantaran, yang boleh menjadi terlalu panas.

Syarikat itu menasihatkan pemilik kenderaan untuk meletak kenderaan di luar dan jauh dari bangunan sehingga ia diperiksa.

Ini adalah isu terbaru dalam siri penarikan balik berkaitan kebakaran kenderaan Hyundai dan Kia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berhubung penarikan semula terbaru, Kia berkata, terdapat enam laporan mengenai “insiden haba” tetapi tiada kemalangan atau kecederaan.

Hyundai berkata, ia mempunyai empat laporan serupa dan turut merekodkan tiada kemalangan, kecederaan atau kematian akibat isu itu.

 

Hyundai Kona | Kona N Line maximizes the sporty factor with an appearance package that really stands out.

Selain risiko kebakaran, kerosakan haba boleh mencetuskan litar pintas yang menjejaskan kawalan lain, kata Hyundai.

“Pemilik dinasihatkan untuk meletak kenderaan di luar dan jauh dari struktur sehingga pembaikan selesai.

“Pengawal elektronik untuk pemasangan pam minyak Idle Stop & Go mungkin mengandungi komponen elektrik yang rosak hingga menyebabkan pam terlalu panas,” kata Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) AS.

Pemilik kenderaan akan dihubungi pada akhir September dan pengedar akan memeriksa dan menggantikan kawalan pam minyak elektrik jika perlu.

Pembuat kereta memberitahu NHTSA bahawa komponen yang berisiko itu telah dikeluarkan daripada pengeluaran pada bulan Mac.

Model Hyundai yang dipanggil semula ialah Elantra, Kona, Sonata, Tucson bagi keluaran 2023 manakala Palisade keluaran 2023-2024.

Untuk model Kia yang dipanggil balik ialah Soul , Sportage (2023) dan Seltos (2023-2024).

Secara berasingan, NHTSA berkata, pada bulan Mac bahawa Hyundai dan Kia telah mengeluarkan panggilan balik untuk lebih 570,000 kenderaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast