ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan yang digulingkan Imran Khan telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas dakwaan rasuah.
Mahkamah Islamabad mendapati beliau bersalah kerana tidak mengisytiharkan wang yang diperoleh daripada menjual hadiah negara.
Beliau yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut akan membuat rayuan atas hukuman yang dikenakan.
Hakim mengarahkan penahanannya serta-merta dan beliau telah ditahan dari rumahnya di Lahore.
Khan dipilih pada 2018, tetapi digulingkan dalam undi tidak percaya tahun lalu.
Ketika keputusan mahkamah diumumkan, orang ramai, termasuk beberapa peguam pendakwa, mula melaungkan “Imran Khan adalah pencuri” di luar bangunan.
Pada bulan Mei, Khan telah ditangkap kerana tidak hadir di mahkamah seperti yang diminta.
Beliaua kemudian dibebaskan, dengan penahanan itu diisytiharkan sebagai haram.
Sejak itu, pihaknya mendapat tekanan hebat daripada pihak berkuasa.
Ramai pegawai kanan dan beribu-ribu penyokong Khan telah ditangkap, dituduh terlibat dalam protes selepas penahanan Khan. – Agensi