Pasukan bomba ke lokasi nahas untuk membuat pemeriksaan

KUANTAN – Sebahagian ruang bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut yang memuatkan perkakas komputer terbakar pada pagi tadi.

Menurutt Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, dalam kejadian jam 11.10 pagi itu tidak melibatkan sebarang insiden nyawa.

”Komander operasi lapor benar berlaku kebakaran melibatkan perkakasan komputer di dalam bilik guru, dan kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.

”Kebakaran telah dipadamkan oleh kakitangan sekolah dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Seramai lapan anggota bomba ke lokasi nahas untuk membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Siasatan lanjut punca kejadian dan anggaran kos kerugian masih dalam penilaian lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast