Calon Barisan Nasional (BN) N.23 Dusun Tua, Datuk Wira Johan Abd Aziz beramah mesra bersama anggota polis pada proses hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 08 OGOS 2023.

KAJANG – Calon Barisan Nasional (BN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berharap pengundi dalam kalangan anggota tentera dan polis yang mengundi awal hari ini membuat keputusan bijak dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Johan yang melakukan tinjauan undi awal di Ibu Pejabat Daerah Kajang (IPD) berkata, proses pengundian berjalan lancar dan mungkin selesai pada tengah hari ini.

“Ramai yang datang bertegur dengan saya, tempat ini juga bukanlah begitu asing memandangkan saya pernah menjadi ADUN Semenyih selama dua penggal, selepas itu juga saya terus bersama masyarakat setempat Kajang, tidak kira Dusun Tua atau Semenyih” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) N.23 Dusun Tua, Datuk Wira Johan Abd Aziz bercakap kepada media selepas meninjau hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 08 OGOS 2023.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang pergerakan kempen, Johan komited untuk membela nasib warga Dusun Tua.

“Setiap pagi sehingga hampir tengah malam saya terus menyantuni dan mendekati masyarakat tidak kira latar belakang. Tidak ada lagi isu kerusi siapa, ini DAP itu BN dan sebagainya. Kita sudah bersatu dan menjadi gabungan kuat,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama antara dua parti gergasi itu adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.