Datuk Seri Amirudin Shari.

GOMBAK – Tawaran 5 Tekad 5 tahun oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Selangor sejak ia dilancarkan 31 Julai lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun berbaki empat hari lagi sebelum 12 Ogos ini, beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mentadbir negeri itu.

“Mengulas perkembangan gerak kerja PH dan BN, kita berada dalam landasan tepat untuk mengekalkan pentadbiran dibawah PH bersama BN dengan beberapa sokongan jelas di akar umbi dan kehadiran rakyat dalam program bersama.

“Malahan manifesto dibentangkan itu juga mendapat sambutan sangat baik terutama dalam program baucar buku, insentif muasasah haji. Tidak ketinggalan penjanaan ekonomi ditawarkan dengan pembinaan rel.

“Juga pembinaan bandar-bandar baru yang ada disebutkan dalam tawaran tersebut termasuk meletakkan Selangor Maritime Gateway (SMG) sebagai satu projek katalis pembangunan tersebut,” katanya.

Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu turut menjelaskan sebahagian tawaran manifesto Perikatan (PN) yang diumumkan sebelum ini hanya salin semula.

Malah tawaran-tawaran yang dikemukan juga sudah dilaksanakan kerajaan negeri sewaktu pentadbirannya.

“Tawaran-tawaran dikemukakan pihak lawan rival dalam pertandingan PN hanya menggunakan sebahagian yang kita laksanakan. Contoh bila ditawarakan subsisidi yuran kafa kita sudah laksanakan dua tahun lepas.

“Bila kita tawarkan kenaikan gaji, ia benar kepada anggapan saya mereka (PN) hanya semarakan program kebajikan tapi tawaran ekonomi agak lemah terutama dalam memulihkan negara dan proses pembangunan semula selepas pandemik COVID-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa banyak program kebajikan telah dilaksanakan ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Amirudin menjelaskan, sepanjang pemerintahannya beliau telah memperuntukkan perbelanjaan lebih tinggi pada porgram tersebut termasuklah kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Kita juga belanjakan untuk program kebajian dengan peruntukan RM2.3 billion berbanding dia RM1.3 billion.

Kita belanja lebih daripada dia (Mohamed Azmin), termasuk mewujudkan program-program baharu melibatkan GLC.

“Saya juga belanjakan RM1 billion ketika pandemik COVID-19, tahun lepas kita berjaya mendapat bajetsurplus tiga tahun berturut-turut. Itu rekod yang saya boleh kongsi,” jelasnya. – MalaysiaGazette