Foto Ihsan Adam Loh.

SUNGAI PETANI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Adam Loh membuat laporan polis hari ini berikutan terdapat satu kumpulan individu yang memakai pakaian parti gabungan itu yang memohon sumbangan daripada orang awam di kawasan sekitar Sungai Petani.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima maklumat itu daripada penduduk tempatan dan menegaskan PH Sungai Petani tidak pernah mengeluarkan arahan kepada sesiapa pun untuk meminta sumbangan daripada orang ramai dalam usaha berkaitan dengan kempen pilihan raya ini.

“Saya ingin menjelaskan bahawa jika ada individu yang meminta sumbangan dengan mengaku mewakili Pakatan Harapan kepada penduduk, mereka tidak mempunyai kaitan dengan pihak kami.

“Jikalau ada maklumat berkenaan ini, sila hubungii Facebook Adam Loh dan Bau Wong,” katanya dalam satu hantaran, di sini, hari ini.

Pada PRN 12 Ogos ini, Adam akan berdepan saingan tiga penjuru daripada calon Perikatan Nasional, Raymond Tai Kuang Tee dan calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Kee Chye.

Pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), DUN Bakar Arang dimenang oleh Simon Ooi daripada PKR dengan majoriti 10,833 undi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. calon PKR DUN Bakar Arang buat report POLIS kerana MENDAPAT Makluman!!!! POLIS tu MAHU BUKTI laaaaa…. mana viral video? jangan cuba mengencing…. sekarang up-to-date

Comments are closed.