Najib orang UMNO Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau adalah orang UMNO.

Pesanan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam itu disiarkan dalam laman Facebook Najib Razak hari ini.

Bekas Presiden UMNO itu turut menyatakan beliau sayang, setia dan taat kepada keputusan parti.

“Beliau juga ingin minta maaf bahawa dia tidak dapat berkempen bersama-sama parti dan rakyat seperti mana yang dia lakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) PRN Melaka dan PRN Johor lalu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pesanan Najib yang popular dengan gelaran Bossku itu dipercayai bagi meyakinkan para penyokongnya agar terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada enam PRN.

Sebelum ini, tercetus kegelisahan dalam kalangan penyokong Najib setelah melihat tiada usaha konkrit untuk mendapatkan pengampunan diraja terhadap pemimpin kesayangan mereka itu.

Sebahagian daripada mereka menyuarakan kekecewaan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan UMNO kerana dikatakan gagal membela nasib Najib. – MalaysiaGazette