Sunday, December 15, 2024
Home Sukan Courtois berehat panjang gara-gara kecederaan ACL

Courtois berehat panjang gara-gara kecederaan ACL

Thibaut Courtois. Foto BBC.
LONDON – Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois bakal berehat panjang selepas mengalami kecederaan lutut yang serius dipercayai ligamen anterior cruciate  (ACL) pada lutut kirinya semasa latihan, semalam.
Pemain antarabangsa Belgium itu akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini.
“Berikutan ujian yang dijalankan ke atas Thibaut Courtois, pemain itu telah disahkan mengalami koyak ligamen anterior cruciate di lutut kirinya. Pemain itu akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari akan datang,” tulis Real dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu.
Pemain berusia 31 tahun itu telah membuat lebih 200 penampilan untuk kelab itu sejak menyertai dari Chelsea pada Ogos 2018 dan hampir sentiasa berada di ibu negara Sepanyol itu.
Courtois menghasilkan persembahan pemain terbaik perlawanan pada final Liga Juara-Juara 2022 apabila Los Blancos menewaskan Liverpool 1-0 di Paris.
Pemain antarabangsa Sepanyol, David De Gea, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan wang besar ke Santiago Bernabeu berkemungkinan besar menjadi pilihan untuk pasukan Carlo Ancelotti selepas kontraknya di Manchester United tamat awal musim panas ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast