Mohd Yasin Muda melihat kesan 80 peratus rumah yang terbakar, di Kuabng Parit, dekat sini pada semalam.

KUALA TERENGGANU – Lima tahun menanti, akhirnya impian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Piliharaya Negeri ke-15 (PRN) ini terkubur begitu sahaja.

Ini kerana hasrat Mohd Yasin Muda, 55, untuk mengundi pada Sabtu ini terpaksa ditangguhkan kerana My Kad dan dokumen penting miliknya hangus musnah dalam kebakaran rumahnya di Kubang Parit pada semalam

“Bagaimana hendak mengundi kalau tiada dokumen diri. bukan sahaja saya, kakak saya dan dua orang anak tidak dapat ‘memangkah’ pada kali ini.

“Ralat sungguh setelah sekian lama menunggu, tidak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Kena tunggu PRN akan datang, kalau panjang umur lah,” katanya yang terkilan.

Jelas Mohd Yasin, beliau tidak sempat menggantikan dokumen pengenalan dirinya dan ahli keluarga lain yang hangus berikutan masa suntuk dan cuti hujung minggu di negeri ini.

Justeru mustahil bagi pihaknya untuk menjadi pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di sini.

Terdahulu pada Khamis tragedi kebakaran itu telah memusnahkan kediaman rumah pusaka yang didiami lebih dari separuh abad itu musnah dalam sekelip mata.

Malahan insiden berkenaan turut memusnahkan rumah kakaknya, Selamah Muda, 80, yang terletak bersebelahan rumahnya dalam kejadian 6.50 pagi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast