Sidang media gabungan NGO Melayu-Islam berkaitan cadangan penubuhan kerajaan penyatuan ummah tanpa DAP di Negeri Sembilan dan Selangor bertempat di Tenera Hotel, Bangi, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 14 OGOS 2023.

BANGI – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan menggesa pemimpin-pemimpin parti politik Melayu Islam berlapang dada supaya agenda penyatuan ummah dapat diwujudkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, rakyat telah memberikan isyarat menerusi keputusan pada pilihan raya di enam negeri yang lalu dengan menunjukkan mereka mahu agenda penyatuan Melayu dan Islam ditegakkan di negara ini.

Katanya, bagi tujuan itu gabungan NGO Islam Selangor dan Negeri Sembilan mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan Melayu Islam tanpa DAP.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menunjukkan lebih banyak kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyebelahi pemimpin Melayu Islam tidak kira parti UMNO, Pas, Bersatu, Amanah mahupun PKR.

“Sebab itu pemimpin-pemimpin ini sama ada UMNO dan Perikatan Nasional (PN) perlu berlapang dada untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Jadi, kalau ini berlaku saya rasa persoalan yang lebih besar daripada itu boleh kita atasi…soal kepentingan Melayu Islam ini mesti dipertahankan tanpa mengira parti.

“Sebab itu kita nak cadangkan mereka kena tentukan siapa menteri besar dan barisan Exco yang boleh mempertahankan hak-hak ini. Itu yang kita nak cadangkan sebenarnya kerajaan tanpa DAP,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Zai, agenda penyatuan ummah boleh dilaksanakan tanpa DAP kerana parti-parti politik yang mempunyai pimpinan Melayu pastinya tidak akan mengenepikan Islam dan mahu agama itu dipertahan.

Beliau mendakwa, banyak perkara telah dilakukan oleh DAP terutama dalam menindas umat Melayu Islam di sebagai mana yang berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Zai menegaskan, agenda penyatuan ummah ini boleh dilaksanakan di peringkat Persekutuan kerana ramai pemimpin Melayu di peringkat Parlimen terdiri dalam kalangan wakil rakyat berbangsa Melayu dan Islam.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunduk dengan DAP kerana kekuatan pemimpin Melayu yang ada sudah cukup untuk menyingkirkan parti itu.

“Sebenarnya kalau pemimpin itu ada ‘political will’ sayangkan bangsa dan agama dia, kalau perdana menteri itu Melayu, kalau Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) itu Islam apa yang dia sayang sangat pada DAP. Ahli di Parlimen cukup Melayu Islam.

“Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) boleh panggil pemimpin Melayu Islam ini bincang siapa boleh jadi menteri Besar, Exco dan sebagainya. Kenapa sayang sangat dengan DAP, kalau dia pemimpin yang berjiwa besar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

    • Siapa suruh ego sangat enggan ikut contoh negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait menghormati dan mengikhtiraf hak asasi warganegara baka migran ekonomi adalah daripada negara-negara asal baka migran ekonomi masing-masing tanpa diberi hak keistimewaan warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar sewa dan cukai harta yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut dan bukan sebaliknya muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir OKU ooii!

  1. Eloklah juga tubuh kerajaan perpaduan Islam dan bumiputra, ianya juga merangkumi kepelbagaian agama, etnik dan budaya. Jajaran baharu ini juga sangat bersesuaian dan selari dengan perlembagaan negara.

Comments are closed.