Wan Sukairi Wan Abdullah

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu hari ini mempersembahkan senarai nama calon Menteri Besar (MB) Terengganu bagi mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, senarai tersebut diserahkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Menurutnya, pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibuat sejurus pembentukkan kerajaan negeri dilakukan.

”Insya-Allah pihak parti Pas telah adakan perbincangan untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada KDYMM Tuanku Sultan bagi mendapat perkenan pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu untuk pembentukan kerajaan negeri.

”Selesai pembentukan kerajaan negeri, ia akan disusuli pula dengan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mohon doa dari semua agar segala urusan ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) memenangani kesemua 32 kerusi yang ditandinginya di negeri itu

Sebelum ini, Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan menyatakan parti itu akan mengekalkan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar – MalaysiaGazette