Aminolhuda Hassan. Foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2023.

BATU PAHAT – Parti Amanah Johor akan menyerahkan senarai penuh nama calon-calon bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kepada kepimpinan pusat, esok.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, berkata meskipun pihaknya telah memuktamadkan senarai nama calon bagi pilihan raya itu, namun beliau enggan mendedahkannya kerana keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh kepimpinan pusat.

“Selepas kita (Amanah Johor) menyerahkan nama-nama calon, kepimpinan pusat akan membuat penilaian…mereka ada penilaian mereka tersendiri, malah akan meneliti calon yang benar-benar layak.

“Ini kerana pengundi di Johor berbeza dengan pengundi di negeri lain dan kita perlu lebih teliti dan juga berhati-hati menentukan calon agar ia mampu menarik perhatian pengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Berhubung persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya itu, beliau berkata ia sudah pun digerakkan dan dalam masa terdekat pihaknya akan bertemu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi membincangkan kerjasama jentera Kerajaan Perpaduan.

Aminolhuda, yang juga Timbalan Pengerusi PH Johor, berkata pihaknya tidak akan mengambil ringan mengenai pertambahan sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN) terutamanya ketika pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, kelmarin.

“Sokongan pengundi terhadap PN ada peningkatan dan ini memerlukan parti meletakkan calon terbaik dan tepat, dalam masa sama kita akan berkempen dengan cara sederhana, tidak agresif dan tidak melakukan provokasi,” katanya.

Sementara itu, Aminolhuda, menerusi hantaran di laman Facebooknya,berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru, semalam bagi membincangkan mengenai PRK itu.

Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata Menteri Besar juga menzahirkan kesedihan atas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sambil menyatakan komitmen beliau untuk membantu calon PH di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Jalinan kemesraan ditunjukkan Datuk Onn Hafiz dalam pertemuan bersama kepimpinan Amanah Johor di kediaman beliau petang semalam menjelaskan bahawa hubungan PH dan Barisan Nasional (BN) Johor adalah dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos ini, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept ini.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian pengejut penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. No DAP no Anwar, jom sekali lagi sekalian akar umbi UMNO yang bijàksana sama2 kita beri kemenangan bèrganda kepada calon PN.

    Hidup ini perlu ada prinsip dan integriti.

  2. PMX TU PATUT JUGA DIKRITIK…..ya ho yahoo tidak mau kerjasama dengan penyamun perasuah penyakau ZAHID…BILA masa saya nak kerjasama dengan umno dan zahid….perkara2 menipu munafik serta FITNAH ANWAR…..PAS terima rm 90 juta dari umno…FITNAH PAS terima DANA JUDI…xperlu puja ANWAR PELIWAT …JADI PM pun bukan atas MAJORITI…HANYA ZAHID PENYAKAU dan konconya yang menjuburi ANWAR untuk selamatkan diri dari pertuduhan salahgunakuasa TERPAKSA BERI SOKONGAN…..Setelah sibuk kempen dengan jentera kerajaan helikopter media TABUR peruntukan segera dan sebagainya kononya yakin sapu bersih 6 negeri.AKHIRNYA.jadi mimpi dan igauan ngeri

    DIMAKAN SUMPAH NO ANWAR NO DAPIGS NO ZAHID NO UMNO

Comments are closed.