@mryoechannell

Di darat Laut Udara…. Terenganu Teguh Pertahan… #prn2023 #terengganumemilih #teguhpertahan #majuberkatsejahtera #mryoechannell

♬ تقدم الانتصار فلسطين – اغاني سوفية

KUALA TERENGGANU – Penyokong Pas di Terengganu meraikan kemenangan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu dengan mengibarkan bendera parti di bot-bot yang menyertai perarakan dari Pulau Kekabu di Marang ke Jambatan Angkat di Kuala Terengganu petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka meraikan kemenangan dengan cara berbeza kali ini, tidak dapat berarak di darat, penyokong Pas raikannya di atas air.

“Kemah keming awok kiter,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, semalam.

Rakaman video dalam hantaran itu memaparkan puluhan penyokong Pas mengibarkan bendera parti atas bot dalam perarakan tersebut.

Pada PRN Sabtu lalu, Pas Terengganu memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya. – MalaysiaGazette