ringgit
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – UMNO digesa supaya mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dengan segera bagi membincangkan kekalahan UMNO dalam pilihan raya di enam negeri.

Ahli MKT UMNO Isham Jalil turut mendesak supaya perhimpunan agung parti itu diadakan dengan segera.

Beliau menegaskan, sudah enam hari atau hampir seminggu UMNO tumpas teruk dalam pilihan raya  pada Sabtu lalu namun sehingga kini MKT belum mengambil apa-apa tindakan.

Isham menegaskan, taktik melengah-lengahkan masa agar semua pihak dalam parti itu melupakan kekalahan yang dialami bukanlah sesuatu yang wajar pada waktu ini.

“Akar umbi akan menjadi semakin resah jika kita di pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan halatuju yang jelas semasa krisis.

“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini.

“Oleh itu saya ingin menggesa dan sarankan supaya satu mesyuarat Majlis Tertinggi Khas dan Perhimpunan Agung UMNO khas diadakan segera untuk membincangkan halatuju parti di saat yang getir dan kritikal ini,” katanya.

Dalam kenyataan di media sosial, bekas Ketua Penerangan UMNO itu juga mahu ahli akar umbil dilibatkan sama dalam PAU khas tersebut.

Keputusan penting yang akan diambil parti tidak seharusnya mengetepikan suara akar umbi.

“Dan kita perlu libatkan semua akar umbi UMNO yang ingin menyertai dalam perhimpunan agung khas ini sebab keputusan yang perlu kita buat adalah suatu keputusan yang amat penting dan memberi kesan kepada semua ahli dan akar umbi UMNO.

“Kita berada dalam keadaan yang luar biasa. Keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa. Special circumstances require special measures,” kata Isham.

Dalam satu kenyataan berasingan, Isham menegaskan pihak lawan iaitu Perikatan Nasional lebih suka dan bertepuk tangan jika UMNO tidak melakukkan sebarang perubahan dan kekal seperti sedia ada.

Sikap tidak mengendahkan kekalahan tanpa mengabil langkah strategik memudahkan UMNO ditewaskan dan sekali gus membunuh parti dalam Pilihan Raya Umum ke-16.

“Ini peluang terakhir untuk kita bertindak sebelum kita menjadi abu. Kita perlu sedar. Dengarlah suara akar umbi,” rayu Isham.-MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. apa guna nya UMNO mesyuarat mkt sahaja suara akar umbi tidak dipeduli. mkt bukan pentingkan parti tapi pentingkan Zahid dan duit elaun . tunggu je lah UMNO bungkus bersama ph sekali hahaha .

Comments are closed.