Remy Ishak dan isteri namakan anak Tuah Alam.

KUALA LUMPUR – Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.

Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entriĀ  Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.

Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.

“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama,” katanya.

Menurutnya, nama tersebut dipilih bukan hanya kerana pahlawan Melayu sebaliknya Remy berpendirian ia mampu memberi aura positif kepada semua orang.

“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?

“Tuah adalah tuah atau luck. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.

“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah. Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah alam,” tambahnya.

Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast