Hong Wan. Foto Facebook JDT.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos ini.

Mereka akan membuat persiapan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, masing-masing pada 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.

Ia juga ada sebahagian daripada persiapan awal Harimau Malaya sebelum menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan.

Berdasarkan senarai itu, Pan Gon telah mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu, Terengganu pada Jun lalu.

Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac 2023 yang tiada ketika kem Jun 2023 iaitu kapten pasukan, Dion Cools, dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.

Manakala tiga pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022  iaitu Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin serta Nathaniel Shio Hong Wan kembali dipanggil untuk kali pertama, tahun ini.

Foto Facebook FAM.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Syria pada 6 September ini sebelum menentang China bagi aksi kedua pada 9 September depab.

Selepas itu, mereka akan menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober nanti yang turut disertai oleh 3 pasukan iaitu India, Palestin dan Lubnan.

Malaysia dijadualkan menentang pasukan di ranking FIFA 99 dunia, India pada 13 Oktober manakala Palestin akan menghadapi Lubnan.

Semua perlawanan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MalaysiaGazette