Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

KUALA LUMPUR – Rangka lelaki berusia dalam lingkungan usia 30-an ditemui di dalam longkang tepi Jalan Kebun, Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, rangka tersebut ditemui oleh seorang lelaki yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

“Siasatan mendapati rangka berkenaan merupakan tengkorak kepala manusia dan satu anggota badan dipercayai bahagian pinggang ke bawah tersangkut pada paip yang berada dalam longkang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Forensik Shah Alam yang menjalankan bedah siasat tidak dapat mengenal pasti punca kematian kerana keadaan rangka yang tidak sempurna.

“Walau bagaimanapun pihak forensik mengesahkan umur dan jantina namun bangsa tidak dikenali,” katanya lagi.

Sehubungan itu,  Hoong Fong menasihatkan orang awam sekiranya
mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau mempunyai ahli keluarga yang hilang boleh menyalurkan maklumat tersebut boleh menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette