isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa keliru tentang peringatan kerajaan agar semua pihak tidak menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sesiapa pun bebas bercakap tentang 3R namun yang tidak dibenarkan adalah unsur hasutan yang mengancam keselamatan negara.

“Bila kena dakwa di mahkamah, jawablah. Mahkamah saja yang boleh buat keputusan.

“Tun M tidak betul bila dakwa tidak boleh cakap pasal 3R. Itu pun menghasut,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Artikel berkaitan: Larangan 3R terlalu umum, melainkan ancam keselamatan – Tun M

Semalam, Dr Mahathir dalam satu kenyataan mempersoalkan mengenai larangan menyentuh isu 3R yang disifatkannya terlalu umum.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, tidak dijelaskan kenapa dan bagaimana bercakap berkenaan 3R boleh mencetus bahaya terhadap negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast