Foto Instagram Syamsul Debat.

KUALA LUMPUR – Penceramah motivasi, Ustaz Syamsul Debat menegur pempengaruh dikebali Abang Tesla agar berhenti daripafa terus mengeluarkan kenyataan  kurang bijak sehingga boleh mengguris hati isteri pertamanya seperti dalam podcast bersama pasangan selebriti baru-baru ini.

“Minggu ni teruk betul orang lelaki kena balun. Macam hilang nilai kemerdekaan, ini semua Abang Tesla punya pasal.

“Saya nak pesan, kepada yang dah berpoligami, kalau rasa-rasa diri kita ni bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah share-share dengan orang lain. Selepas itu kau pulak keluar statement nak mengajar orang lain.

“Adil dalam Islam ni bukan mengikut selera dan nafsu, tak. Adil dalam Islam tu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami.

“Lagi cakap lagi bangang tau? Selepas itu yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena, yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usahlah, jangan,” ujar dalam satu rakaman video di media sosial.

Abang Tesla telah menjadi topik hangat sejak bkebelakangan ini.

Walaupun dia dan isteri pertama terlihat ‘tenang-tenang’ sahaja dengan kekecohan yang telah berlaku apabila kerap muncul dalam beberapa podcast serta temu bual di media sosial namun masih ramai yang memberikan teguran kepadanya berkenaan isu poligami.

Terdahulu, kisah pempengaruh tersebut memadukan isteri pertamanya telah menjadi topik bualan netizen di media sosial susulan kenyataan-kenyataannya yang mengguris hati ramai wanita lebih-lebih lagi menerusi beberapa temubual di podcast.

Dia juga telah ditegur agamawan berkenaan isu “isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai” kerana mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang rujukan sahih.

Sementara itu, Syamsul Debat memberi nasihat supaya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai kerana pastinya ia boleh melukakan hati wanita berkenaan.

“Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai? Tak ke kecil hati isteri pertama? Tak berhak ke untuk dia dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis isteri yang nombor dua dicintai? Jangan kau hargai, kau cinta je? Jangan hargai dia?

“Habis isteri yang nombor tiga? Kecik hati tak yang nombor tiga? Isteri ketiga untuk diapa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?

“Itulah sebab jangan keluar statement kalau rasa-rasa diri anda tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum cakap,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.